Thursday, August 20, 2009

Attention Bio Student !

Ada sekumpulan pelajar dari Medical School tahun satu sedang menjalani anatomy class [ilmu urai tubuh] dengan menggunakan tubuh mayat. Mereka berkumpul didepan mayat yand diletakkan diatas meja yang ditutupi selimut putih. Profesor memulakan kelas dengan berkata dengan lantang Untuk menjadi doktor yang berkualiti kamu mesti mempunyai dua kualiti yang bagus.yang pertama kamu mesti tidak jijik atau mual dengan apa-apa yang merangkumi tubuh manusia Dan selepas profesor itu berkata die menarik selimut mayat tersebut dan menyumbat jari nya kedalam punggung mayat tersebut dan menarik nya kembali dan terus menghisapnya.

Ok.semua buat macam saya buat tadi.Semua pelajar terkejut,tergamam,takut semua ade,dan beberapa minit kemudian seorang demi seorang pelajar menyumbat jari mereka dan menghisapnya seperti apa yang profesor mereka lakukan.Setelah semua pelajar selesai.Profesor memandang semua pelajarnya dan berkata Kualiti yang kedua untuk menjadi doktor yang bagus ialah observation [penilikan], saya menyumbat dengan jari tengah saya dan menghisap jari telunjuk saya, sekarang belajar untuk memberi perhatian yang lebih.

Tuesday, August 11, 2009

Kalau Korang Nak Rasa Macam Mana Rasa Hentak Kepala Kat Dinding , Baca Ah.

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...